Kursus Pengurusan Perbidanan dan Urutan Selepas Bersalin

Anjuran Pusat Khidmat Permatang Pauh dan Tanamera Wellness Sdn Bhd di Pulau Pinang

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Permatang Pauh & Tanamera Wellness Spa menganjurkan Kursus Pengurusan Perbidanan & Urutan Selepas Bersalin dibawah Permatang Pauh Women’s Project (PPWP). Majlis telah dirasmikan oleh YB Nurul Izzah.

Dalam kursus ini, peserta yang terlibat akan didedahkan dengan teknik urutan tradisional serta penjagaan wanita ketika berpantang secara professional oleh Tanamera Wellness & Spa Sdn. Bhd. Peserta juga akan dipantau secara berkala dan akan berpeluang mempelajari bagaimana mereka boleh menjana pendapatan melalui bidang ‘confinement-lady’.

Majlis Graduasi dan Ramah Mesra, Kursus Pengurusan Perbidanan dan Urutan Selepas Bersalin anjuran Pusat Khidmat Permatang Pauh dan Tanamera Wellness Sdn Bhd di Pulau Pinang.

Para peserta juga berpeluang untuk beramah mesra dan mendapatkan kata kata nasihat dari Pengarah Urusan Tanamera Tropical Spa, En Faisal Ahmad Fadzil.